fbpx

Rogol pelajar tingkatan 4: Polis jamin siasat secara telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizi Mat Aris ketika menghadiri program High Profil Policing Polis Perak sempena sambutan Thaipusam peringkat negeri di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh di sini hari ini.Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus berhubung kes melibatkan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang didakwa merogol pelajar tingkatan empat dalam dua kejadian berasingan di Seri Iskandar, tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan merangkumi pelbagai sudut tanpa melindungi mana-mana pihak meskipun pelakunya adalah warga polis sendiri.

“Siasatan kes ini dijalankan sama seperti siasatan kes lain dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sama tanpa mengira subjek itu adalah polis sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita pada program High Profil Policing Polis Perak sempena sambutan Thaipusam peringkat negeri di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh di sini hari ini.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol anggota polis berpangkat sarjan berusia 42 tahun.

Difahamkan, perbuatan terkutuk itu berlaku di dalam kereta di hadapan balai polis dan di kawasan tempat letak kereta di hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar pada Julai dan Oktober lalu.

Kejadian itu terbongkar selepas remaja terbabit memberitahu ibunya berkaitan kejadian berkenaan baru-baru ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya percaya kes itu akan diselesaikan dalam masa terdekat setelah mendapatkan maklumat dan bukti bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, tiada tangkapan dibuat berkaitan kes berkenaan.

“Ada beberapa perkara lagi yang perlu kita dapatkan pengesahan. Kalau kes ini ‘straight forward’, kita boleh terus (ambil tindakan), jika tidak maka ada beberapa subjek lain yang kita sedang kesan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI