fbpx

Piala Asia: Palestin kotakan janji cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DABBAGH (kiri) berjaya meledak dua gol buat Palestin ketika menewaskan Hong Kong 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan C Piala Asia malam kelmarin. – AFP

DOHA – Palestin melakar sejarah tersendiri apabila mengesahkan tiket ke peringkat 16 terbaik selepas menewaskan Hong Kong 3-0 pada aksi ter­akhir Kumpulan C saingan Piala Asia 2023 malam kelmarin.

Pada aksi di Stadium Abdullah bin Khalifa itu, Palestin melupakan seketika konflik pepera­ngan di tanah air dengan meraih gol menerusi dua jaringan Oday Dabbagh dan satu daripada Zaid Qunbar untuk memastikan pasukan mengakhiri saingan di kedudukan ketiga.

Kapten Palestin, Musab Al-Battat percaya apa yang dipamerkan oleh barisan pemain seperti menunaikan janji buat rakyat negaranya yang kini mengharungi penderitaan kerana perang menentang rejim zionis Israel.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kami yang hadir dalam sta­dium kali ini. Kami mahu meng­hadiahkan senyuman kepada mereka yang sentiasa mendoakan pasukan tidak kira dalam atau luar negara.

“Misi kami adalah jelas iaitu mahu dunia mengetahui kami bukan sahaja membawa nama Palestin semata-mata, sebaliknya membuktikan bahawa penduduk di sana juga memiliki bakat hebat dalam bola sepak,” katanya.

Sementara itu, pengendali Palestin, Makram Daboub me­ngakui, barisan pemain kini boleh ber­aksi tanpa sebarang tekanan sekiranya berdepan ­dengan pasukan yang lebih baik di pusingan kalah mati nanti.

“Ini adalah perlawanan hidup mati dan kita berjaya menang dengan bergaya. Fokus seterus­nya adalah aksi di pusingan ­kedua dan saya percaya dalam bola sepak tiada apa yang mustahil meskipun kami digelar ­underdog pada kempen kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI