PETALING JAYA – Kebangkitan luar biasa Harimau Malaya untuk mengikat Korea Selatan 3-3 sebentar tadimendapat perhatian daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Badan induk bola sepak dunia itu memuji persembahan hebat anak buah Kim Pan-gon yang berjaya bangkit daripada ketinggalkan 2-3 untuk meraih satu mata berharga hasil jaringan penyamaan pada masa kecederaan
Lebih manis, keputusan dramatik dalam aksi terakhir Kumpulan E itu dilakar Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-130 dunia ke atas pasukan Taeguk Warriors yang gah di ranking 23 dunia.
“Perlawanan yang cukup hebat sekali” kata FIFA dalam laman sosial Facebook sebentar tadi.
Gol-gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan Romel Morales.
Sementara itu, skuad Korea Selatan pula mendapat jaringan hasil penyudah Jeong Woo-yeong, Lee Kang-in dan kapten, Son Heung-min.
Ini adalah mata pertama skuad Harimau Malaya sejak menyertai Piala Asia sebanyak empat edisi sebelum ini. – KOSMO! ONLINE