fbpx

Nikmati keseronokan tonton konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jangan menghalang pandangan orang lain ketika anda merakam gambar atau video konsert dengan menggunakan kamera telefon. – Gambar hiasan

TIDAK sampai sebulan 2024 membuka tirainya, senarai penganjuran konsert di Malaysia sudah sampai bulan Jun.

Antara konsert dinantikan adalah pemuzik antarabangsa seperti Ed Sheeran, bintang K-Pop seperti IU dan bakat tempatan, Siti Nurhaliza.

Sudah tentu, pengalaman menonton konsert artis kesayangan secara langsung merupakan impian setiap peminat muzik.

Selain menikmati persembahan artis, konsert juga membolehkan peminat dari seantero dunia berkumpul dan berkenalan.

Pada minggu ini, Horizon akan berkongsi tip agar pengalaman menonton konsert anda menjadi lebih bermakna.

Buat persediaan awal
Menjelang hari konsert, semak info seperti kemudahan pengangkutan, nombor tempat duduk serta peraturan di kawasan berkenaan.

Periksa juga keadaan cuaca sekiranya konsert dianjur di kawasan terbuka agar anda boleh bersiap sedia dengan baju hujan.

Selain itu, pastikan anda tidak membawa barangan yang dilarang agar proses kemasukan ke dalam stadium atau dewan berjalan lancar.

Berpakaian selesa
Memakai pakaian mengikut tema sudah menjadi satu trend menonton konsert pada masa kini.

Namun, terdapat perkara yang perlu diambil kira seperti suhu semasa, jenis tempat duduk dan tema konsert.

Sekiranya anda membeli tiket di bahagian berdiri (standing), anda dinasihatkan supaya memakai kasut yang selesa seperti sneaker berbanding kasut tumit tinggi.

BAWA baju hujan sebagai persediaan ketika konsert. – Gambar hiasan

Hormati etika konsert
Elakkan menghalang pemandangan orang belakang dengan mengangkat tinggi telefon anda bagi tujuan rakaman.

Biarpun keterujaan adalah perkara biasa dalam konsert, namun jangan membuat onar dengan membaling barang ke arah pentas.

Pastikan anda tidak bersembang ketika di dalam konsert terutama sewaktu lagu-lagu berentak perlahan.

Berhubung dengan kelab peminat
Dengan mengetahui senarai lagu, anda boleh bersedia untuk menyanyikan lagu bersama-sama artis ketika persembahan diadakan.

Anda juga boleh semak dengan kelab peminat utama selebriti sekiranya mereka ada rancangan yang boleh dilakukan bersama.

Sebagai contoh, sorakan khas (fanchant), pertunjukan banner peminat atau light stick pada lagu-lagu tertentu.

Cipta kenangan
Walaupun merakam detik-detik menerusi telefon dibenarkan di kebanyakan konsert masa kini, namun lakukannya secara berpada-pada.

Sesekali letakkan telefon dan nikmati audio, visual konsert serta momen bersama artis kegemaran anda secara langsung.

Sekiranya ada duit lebih, anda boleh membeli barang cenderamata (merchandise) konsert tersebut untuk dijadikan kenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI