fbpx

Mayat tanpa identiti ditemui terapung di lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR SALAK – Mayat seorang lelaki tanpa identiti dijumpai terapung di sebuah lombong di Sungai Galah, Kampung Gajah, di sini awal pagi tadi.

Mangsa dijumpai pada pukul 2.20 pagi setelah gerakan mencarinya dijalankan oleh sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat penemuan mayat itu diterima semalam, pada pukul 9.30 malam.

Katanya, anggota BBP Kampung Gajah dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Teluk Intan diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pencarian.

“Operasi dijalankan selepas menerima maklumat daripada polis berkaitan satu mayat yang dijumpai terapung di Sungai Kinta. Kerja-kerja pencarian di kawasan sekitar bagaimanapun tidak menemui lelaki itu sehinggalah mayat mangsa dijumpai di tepi sungai pada pukul 2.20 pagi,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa segera dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

“Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI