fbpx

Lelaki didenda jual 7,000 motosikal disita polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH motosikal yang berada di tempat penyimpanan polis di Bandar Raya Ho Chi Minh. - Foto VNExpress

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Seorang lelaki di Bandar Raya Ho Chi Minh didenda 7.5 juta dong (RM1,440)  kerana menjual 7,000 buah motosikal yang dirampas oleh polis, lapor portal berita VNEXpress kelmarin.

Lelaki berusia 35 tahun itu membuat penstriman secara langsung pada 19 Januari lalu dan memberitahu bahawa dia menjual motosikal yang disita polis kerana melanggar undang-undang lalu lintas.

Semua motosikal yang mahu dijualnya itu disimpan di sebuah kawasan penyimpanan kenderaan di Daerah II, Bandar Raya Ho Chi Minh. 

Dia menawarkan untuk menjual sebuah motosikal itu pada harga cuma 3 juta dong (RM576.36), jauh  lebih murah berbanding harga pasaran.

Polis berkata, lelaki berkenaan bersama lima orang lagi memasuki tempat penyimpanan motosikal tersebut untuk melihat kenderaan yang dirampas tersebut, yang telah dilelong.

Dia merakam gambar motosikal-motosikal tersebut untuk disiarkan semasa penstriman secara langsung olehnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI