fbpx

Lapan tong, tangki bahan kimia tumpah atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada lapan tong serta tangki IDC yang berisi muatan kimia yang bocor dan tumpah di Jalan Batu Pahat - Kluang berhampiran Sri Gading petang semalam.

BATU PAHAT – Berlaku kebocoran dan tumpahan bahan kimia di atas Jalan Batu Pahat – Kluang berhampiran Sri Gading selepas lapan tong serta tangki IDC yang berisi muatan itu tumpah, petang semalam.

Ketua Operasi dari BBP Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor pada pukul 3.01 petang sebelum menghantar 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram serta BBP Larkin ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat tumpahan bahan kimia jenis Sodium Silicate dari empat tong berwarna biru dan Asid Sulfurik dari empat tangki IDC. Dua anggota Pasukan Hazardous Material Unit Team (HAZMAT) dihantar untuk memantau situasi di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dua pakar kimia dari BBP Penggaram serta 10 pekerja kilang itu kemudian membuat kerja-kerja pemindahan kedua bahan kimia yang pecah ke tangki IBC baharu menggunakan pam dari kilang berkenaan sehingga selesai.

Sementara itu, ketika kejadian Firdaus berkata lori yang dibawa oleh seorang lelaki dari Johor Bahru ke sebuah kilang di Sri Gading terpaksa brek mengejut secara tiba-tiba sebelum tong dan tangki berkenaan terjatuh serta tumpah ke atas jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI