fbpx

Kerja apit paip pecah di Sungai Perai dijangka siap petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelan A membabitkan kerja-kerja mengapit semula bahagian paip pecah di dasar Sungai Perai dijangka siap, petang ini. Foto Facebook Ketua Menteri.

GEORGE TOWN – Pelan tindakan kecemasan (Pelan A) membabitkan kerja-kerja mengapit semula bahagian paip pecah di dasar Sungai Perai, dekat sini dijangka siap, petang ini.

Menurut kenyataan Ketua Menteri di laman sosial Facebook miliknya, bagi Pelan B pula, kerja-kerja pemasangan dua paip lencongan 600 milimeter (mm) merentasi Sungai Perai di bahagian permukaan sungai kini siap 70 peratus.

“Satu daripada dua paip berkenaan telah berjaya dipasang berdekatan jambatan Ampang Jajar dan kita jangkakan kerja-kerja pemasangan kedua-dua paip lencongan akan siap pada 27 Januari (Sabtu) ini berbanding jangkaan awal, 29 Januari 2024

“Sekiranya berjalan lancar, bekalan air kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna yang terkesan terutama di bahagian Barat Daya dan sebahagian Timur Laut dapat disalurkan semula seawal pagi esok (26 Januari),” katanya, di sini.

Sementara itu, proses pemulihan bekalan air kepada 16 peratus pengguna lagi terutamanya yang berada di kawasan penghujung saluran paip akan bermula pagi Sabtu (27 Januari).

Terdahulu, perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan, Pelan A yang sedang dijalankan iaitu melibatkan kerja-kerja mengapit semula saluran paip dasar Sungai Perai berdepan kesukaran kerana arus deras, awal pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI