fbpx

Keluarga suspek bunuh Bella minta Caprice jangan menyibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar hantaran kakak Bella, Norisham dalam facebooknya semalam.

BATU PAHAT – Episod kes pembunuhan kejam melibatkan ibu tunggal, Bella atau Mila Sharmilah Samsusah memasuki cerita baharu apabila ahli keluarga suspek dipercayai cuba menghalang aktivis kemanusian, Caprice supaya tidak masuk campur dalam urusan kes itu.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, membuat ulasan di Instagram miliknya berhubung isu keganasan rumah tangga dan hubungan kasih sayang atau cinta sesama manusia.

Dalam ulasannya, Caprice memetik laporan Kosmo! Online berhubung berita bertajuk ‘bekas posmen dituduh bunuh Bella’ sejurus pertuduhan ke atas teman lelaki wanita itu dilbuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat, semalam.

Caprice meminta individu yang mempunyai suami atau teman lelaki kaki pukul dan sebagainya supaya memutuskan hubungan agar perkara yang menimpa Bella tidak terjadi ke atas mereka.

Susulan itu, Caprice didakwa menerima DM (Direct Messager) di Instagramnya daripada seorang individu yang dipercayai ahli keluarga suspek kes bunuh terbabit.

Perkara itu dikongsikan kakak Bella, Norisham, 36, melalui hantarannya di Facebooknya, malam tadi.

“Terima kasih untuk sokongan semua dalam urusan pengebumian Bella. Esok saya cerita semua perjalanan kami hari ni agak penat.

“Tapi tengah ‘free scroll2’ dapat chat (mesej) daripada Caprice. Pada awal kehilangan Bella, ramai ‘suggest‘ (cadang) untuk minta bantuan Caprice.. Saya ada nak chat (mesej) tapi asyik lupa je.

“Hari ini Caprice WhatsApp saya tanyakan siapa ini, siapa ya dia? belum apa-apa dia dah DM Caprice. Siapa sebenarnya mangsa ni? Siapa yang pergi tunjuk rangka tu? Jaga-jaga tau semua nanti kena saman, tolong siasat siapa dia ya, goyang ke dek,” tulis Norisham.

Semalam, suspek utama, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mohammad Haikal yang juga merupakan bekas posmen disyaki membunuh Bella di tempat lain dan membuang mayatnya di tempat lain sebelum tulang atau rangka wanita itu ditemui di sebuah rumah terbiar di Batu Pahat pada 19 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI