fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri berkuat kuasa sehingga pukul 5 petang hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, amaran tersebut dikeluarkan ekoran ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda negeri Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh Pulau Pinang.

Selain itu, di Perak melibatka Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim serta Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

“Cuaca buruk petang ini turut berisiko sekitar Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin)serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Turut terlibat adalah Sarawak sekitar Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh) sepanjang tempoh tersebut,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI