fbpx

40 bintang gegarkan Resorts World Awana pada 2 dan 3 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Resort World Awana akan berlangsung Festival Sulpalapa selama dua hari bermula 2 Mac depan.

PETALING JAYA – Lebih 40 bintang antarabangsa bersama karyawan tempatan dengan pelbagai genre muzik dan hiburan dihimpunkan sepanjang tempoh penganjuran sulung Festival Supalapa.

Ia dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Mac 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.

Pengerusi Maestro Production And Prodigy 1 Nation, Parthiban Murugaiya menyifatkan Festival Supalapa akan menjadi penanda aras bagi pesta hiburan di Malaysia selain menempa nama dalam festival muzik dunia.

“Kami berharap penganjuran pertama Festival Supalapa akan menjadi acara yang tahunan yang ditunggu-tunggu kerana pengunjung telah menemukan semua jenis hiburan bukan sekadar muzik di dalam satu festival.

“Apa yang penting juga adalah Festival Supalapa mampu lonjakkan nama Malaysia dalam kalangan pelancong dari luar negara selain menjadikan festival ini sebuah jenama global untuk festival muzik dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, festival muzik ini bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi menjanjikan keseronokan tanpa limitasi kepada pengunjung yang hadir.

Antara bintang antarabangsa yang akan membuat persembahan adalah Tiesto, The Kid Laroi, EAJ, Somi, XG, Ali Gatie, Armani White, Tones and I, lan Asher, Keemokazi, Paul Van Dyk, Rave Republic dan Note.

Selain itu, festival muzik ini juga menampilkan penyanyi Yuna, Siase, Kidd Santhe, Talitha, Cluadia, Belle Sisoski, Jovynn, Coex, Forceparkbois dan DJ Ziqq Axel Groove.

Dalam pada itu, pengunjung yang hadir boleh menikmati tiga jenis genre muzik termasuk pop serta k-pop dan muzik tarikan elektonik (EDM) dibawa secara langsung di pentas yang disediakan di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI