fbpx

Zuhur 12 rakaat, Rohingya tipu minta sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut

PETALING JAYA – Tular di media sosial hari ini apabila satu klip video memaparkan seorang peminta sedekah didakwa warga Rohingya menipu sebagai seorang muslim.

Dalam klip video tersebut, beberapa soalan yang diutarakan oleh seorang lelaki terhadap warga Rohingya itu berjaya dijawab dengan tepat.

Antara soalan yang ditanya adalah berkenaan syahadah, surah al- Fatihah dan beberapa lagi.

Lelaki Rohingya itu juga mengaku perlu berbuat baik kepada sesama saudara Islam.

Namun peminta sedekah tersebut ‘kantoi’ apabila ditanya mengenai rakaat dalam solat fardu.

“Subuh empat rakaat, zuhur 12 rakaat, maghrib lima rakaat, Isyak 17 rakaat dan asar empat rakaat,” jelas lelaki Rohingya itu.

Rata-rata orang ramai turut memberikan respons terhadap klip video tersebut dan ramai mengakui pernah ‘terkena’ dengan warga Rohingya.

“Senang sahaja nak kantoikan mereka, tanya je solat fardu berapa rakaat seperti abang ni tanya, memang menipu mereka ni,” ujar Abdul Aziz.

“Menipu tu mainan mereka, janji dapat duit. Ini ke bangsa yang nak kita jaga dekat Malaysia ni,” jelas Cikgu Firdaus.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI