fbpx

Zii Jia bawa mentaliti kuat di Indonesia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA tampil aksi terbaik di Indonesia Masters.

PETALING JAYA – Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia mengakui dia tidak berputus asa untuk memberikan yang terbaik biarpun terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menundukkan pemain India, Srikanth Kidambi di Indonesia Master hari ini.

Zii Jia yang berada di ranking ke-10 dunia tersebut mengakui dia sangat kecewa apabila tewas pada set pertama, namun tetap meletakkan kepercayaan tinggi untuk bangkit sebelum melakar kemenangan 19-21, 21-14, 21-11 ke atas S. Kidambi dalam tempoh 54 minit.

“Sewaktu perlawanan set pertama, saya tidak berada dalam permainan tersebut dan seperti anda boleh lihat bahawa Kidambi dapat mengawal permainan. Apabila perlawanan 14-19 saya mula mengubah rentak permainan terutama pada set kedua dan ketiga.

“Bila saya tewas pada set pertama saya sangat kecewa tetapi saya cakap pada diri sendiri untuk cuba teruskan dan terus percaya pada diri sendiri memberikan yang terbaik,” kata pemain berusia 25 tahun itu kepada BWF.

Menanti Zii Jia di pusingan kedua ialah Angus Ng Ka Long Angus selepas pemain dari Hong Kong tersebut melakar tampil agresif membenam pemain Denmark, Magnus Johannesen dengan kemenangan 21-17, 24-22.

Sudah pasti ia bukan satu tugas mudah buat pemain negara tersebut kerana dia sebelum ini tewas tiga kali terhadap pemain Hong Kong tersebut tahun lalu.

Kali terakhir Zii Jia berdepan Angus adalah ketika di Sukan Asia Hangzhou tahun lalu yang mana memihak kepada pemain negara dalam pertarungan tiga set.

“Saya tewas kepadanya tiga kali tahun lepas dan menang sekali sebelum ini. Saya berharap dapat mengekalkan momentum itu menentang Ka Long esok,” kata Zii Jia. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI