fbpx

Warga emas sesat dalam ladang sawit ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD HANIPAH yang dilaporkan hilang kelmarin ditemui selamat oleh orang awam di jambatan kedua di Jalan Nyior, Kluang pagi hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki warga emas dilaporkan sesat ketika menunggang motosikal seorang diri di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Nyior dekat sini petang kelmarin ditemui selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Mohd Hanipah Mohd Kassim, 79, ditemui selamat berhampiran jambatan kedua di Jalan Kluang – Paloh kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Katanya, penemuan lelaki warga emas itu oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati warga emas ini tidak mengalami sebarang kecederaan namun tidak mengetahui dirinya boleh sampai ke jalan berkenaan. Warga emas berkenaan sudah diserahkan kepada ahli keluarganya dan kes kehilangan ini dianggap selesai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Bahrin memohon bantuan orang ramai sekiranya ada terlihat Mohd Hanipah yang dilaporkan sesat ketika menunggang motosikal jenis Demak C90 nombor pendaftaran, VCK 4290 secara sendirian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Nyior di sini.

Operasi Mencari dan Menyelamat yang dilancarkan bersama Balai Bomba dan Penyelamat Kluang pada petang kelmarin dan semalam bagaimana pun mengesan kedudukan warga emas ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI