fbpx

[VIDEO] Agong, Raja Permaisuri berkenan santuni rakyat di pekarangan Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kongsian Istana Negara di laman Instagram, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menuruni kenderaan rasmi untuk menyantuni pelancong dan rakyat yang menunggu di
pekarangan Pintu Utama Istana Negara, petang tadi.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bersalaman, beramah mesra dan bergambar bersama rakyat.

Difahamkan, Seri Paduka Baginda berdua dalam keberangkatan pulang ke Istana Negara dari sebuah majlis di ibu kota.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berkongsi rasa sedih dan terharu dengan kesudian Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sudi beramah mesra bersama rakyat.

“Beratnya hati rakyat hendak melepaskan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bulan hadapan,” kata Balqies.

“Yang di-Pertuan Agong yang paling rendah diri dan dan Raja Permaisuri Agong yang bersifat keibuan. Pasti kami rindui nanti,” kata Farok.

“Daulat Tuanku, kami di Sarawak sangat merindui Tuanku,” kata Chachaa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Al-Sultan Abdullah bakal menamatkan pemerintahannya berkuat kuasa 30 Januari 2024.

Al-Sultan Abdullah telah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Januari 2019.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober lalu sebulat suara mengisytiharkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun seperti diamalkan selama ini. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI