fbpx

Sajat mohon maaf, dakwa hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik,Muhammad Sajjad Kamaruzaman, 39, atau dikenali sebagai Nur Sajat mendakwa dirinya kini sedang menghidap kanser.

Dakwaan tersebut telah dibuat oleh usahawan tersebut yang kini menetap di Australia ketika satu siaran langsung di laman sosial Tik Tok miliknya semalam.

“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser. “Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang,” katanya menerusi siaran langsung tersebut.

Tambah Nur Sajat, peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan dan ujian yang sedang dihadapinya ketika ini kerana dia masih lagi boleh berhibur.

“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu cukup membuat diri saya rasa seronok.

“Tapi, kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya dah tiada lagi,” katanya.

Terdahulu, usahawan kontroversi itu kini berada di Australia selepas pihak penguatkuasa Malaysia memburunya di atas beberapa kesalahan syariah yang pernah dilakukan di negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI