PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah perkara yang mustahak.
Menteri Komunikasi yang kuga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, penubuhan RCI itu adalah bagi menjaga kedaulatan dan Raja-Raja Melayu.
Beliau berkata, berdasarkan perbincangan dalam Jemaah Menteri, ia adalah satu perkara yang disifatkan penting dan mustahak.
“Ia sangat mustahak kerana melibatkan sempadan yang menyentuh kedaulatan Raja-raya Melayu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, anggota RCI ini akan persembahan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum diumumkan. – KOSMO! ONLINE