fbpx

Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia pula dibelasah Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi merah) terpaksa akur dengan kekuatan Belanda apabila tewas 0-10 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat sebentar tadi. - FIH

PETALING JAYA – Hasrat skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara untuk menyambar tiket awal ke suku akhir Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman ketika ini tertangguh seketika selepas tewas teruk 0-10 kepada Belanda sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara tiada pilihan selain merakam kemenangan ke atas Fiji dalam aksi terakhir Kumpulan A esok selepas bermula langkah kanan menang 10-0 ke atas Oman pada perlawanan pertama petang tadi.

Ketua jurulatih, Nabil Fiqri Mohd. Noor tidak panik kerana menyedari kemampuan anak-anak buahnya untuk berdepan Fiji esok dan berharap mereka tidak mengulangi kesilapan sama seperti ditunjukkan sebentar tadi.

“Menentang Belanda bukan satu keputusan diharapkan. Kita ada peluang untuk menjaringkan gol pada awal permainan, tetapi Belanda menghukum kita disebabkan kesilapan sendiri.

“Bertemu Fiji esok hanya kemenangan akan memastikan kita ke suku akhir. Kita akan pastikan pemain-pemain bersedia untuk mencapai objektif,” katanya.

Tiga pemain Belanda iaitu Lana Kalse, Sosha Benninga dan Bente van der Veldt masing-masing berjaya meledak dua gol dalam perlawanan itu.

Baki empat lagi jaringan The Oranje diperoleh menerusi Floor de Haan, Janneke van de Venne, Danique van der Veerdonk dan Noor de Baat.

Ia adalah kemenangan kedua buat Belanda selepas membuka kempen Kumpulan A dengan membelasah Fiji 14-1 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI