fbpx

Piala Dunia Hoki 5s: Malaysia kenduri gol ratah Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain meraikan jaringan Alyani (dua dari kanan) yang meledak empat gol ketika menang 10-0 ke atas Oman pada aksi pertama Piala Dunia Hoki 5s sebentar tadi. - FIH

PETALING JAYA – Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara menghadirkan keceriaan menerusi kejayaan mereka membelasah Oman 10-0 pada aksi pertama Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat sebentar tadi.

Menariknya, penyerang negara, Zati Alyani Muhamad Zubir membuktikan ketajamannya apabila meledak empat gol menentang tuan rumah bermula minit ke-10, 11, 22 dan 25.

Bukan itu sahaja, seorang lagi penyerang negara, Nur Zafirah Aziz turut berjaya merakam hatrik pada minit ke-11, 13, 27, manakala tiga lagi gol hadir menerusi dua jaringan Qhairunisya Mohd. Zanili (m-16, m-30) dan satu daripada Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (m-22).

“Objektif kemenangan tercapai dalam aksi pertama. Jumlah 10 gol satu kelebihan walaupun kita tahu boleh jaringkan lebih lagi, tetapi ini penting kerana ia memberikan kita motivasi terbaik.

ZAFIRAH (kiri) turut menunjukkan prestasi cemerlang apabila meledak hatrik menewaskan Oman 10-0 pada aksi pertama Piala Dunia Hoki 5s sebentar tadi. – FIH

“Ini juga membuktikan kita menghantar mesej kepada pasukan-pasukan lain bahawa kita bersedia untuk menghadapi kejohanan ini,” kata ketua jurulatih hoki 5s wanita negara, Nabil Fiqri Mohd. Noor.

Kapten Malaysia, Nur Syafiqah Mohd. Zain memuji permulaan positif ditunjukkan rakan sepasukannya sebelum turun mengharungi aksi kedua menentang Belanda pada pukul 8.30 malam ini.

“Permulaan yang sangat bagus kerana kemenangan ini akan meningkatkan semangat kami sepasukan. Namun, kami perlu berikan fokus yang lebih kepada aksi petang ini (malam ini) menentang Belanda.

“Apapun keputusan ini amat penting untuk memastikan kami turun bermain dengan lebih berkeyakinan dalam aksi seterusnya,” kata Syafiqah yang pernah mengalamai patah jari pada saingan Piala Tun Abdul Razak tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI