fbpx

Pembantu tadbir mengaku tidak bersalah terima wang RM5,228

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tibrani (kanan baju gelap) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas tuduhan menerima wang daripada seorang wanita, lima tahun lalu. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang berjumlah RM5,228.50, lima tahun lalu.

Tertuduh, Tibrani Ahmad, 45, yang merupakan pembantu tadbir di sebuah Pejabat Kesihatan Daerah membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Tibrani menerima wang tersebut daripada seorang wanita berusia 56 tahun di sebuah bank di Taman Manggis, Kulim dekat sini pada 10 November 2019.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fauzee Azizan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan jaminan sebagai RM3,000 terhadap tertuduh dan 26 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh dikatakan menggunakan jawatannya sebagai penjawat awam untuk memperoleh sejumlah wang membeli peralatan pejabat daripada sebuah syarikat bagi dirinya sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI