fbpx

Malaysia catat lebihan perdagangan lebih RM2 trilion tahun lalu – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (lima dari kiri) ketika menghadiri EEA 2023 di Hotel Westin Hotel Kuala Lumpur malam tadi.

PETALING JAYA – Malaysia mencatatkan lebihan perdagangan lebih RM2 trilion bagi tahun 2023 meskipun dalam persekitaran global yang amat mencabar.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pencapaian tahun 2023 daripada segi pelaburan diluluskan pula RM225 bilion.

“Aliran masuk pelaburan juga penting dalam memacu perdagangan. Bagi tahun 2024, MITI juga bakal memfokus kepada reformasi industri bagi mencapai matlamat ekonomi Madani.

“Kita menjangkakan pemulihan dalam perdagangan bagi tahun 2024, dan langkah-langkah proaktif akan diambil untuk memberdayakan pengeksport Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan beliau menghadiri Majlis Gala Anugerah Kecemerlangan Eksport (EEA) 2023 di Hotel Westin Hotel Kuala Lumpur malam tadi.

Menurutnya, EEA tahun ini yang memasuki siri ke-4 dan meningkatkan daya saing industri eksport negara menekankan kepentingan prinsip alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG) dalam operasi pengeksport tempatan.

“Tentu sekali ini akan menyumbang kepada pembangunan ekosistem eksport yang kukuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI