fbpx

Makan banyak kebab bukan alasan telefon ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Panggilan bukan kategori kecemasan mengganggu operasi perkhidmatan ambulans. - Sky News

CARDIFF, Wales – Perkhidmatan Ambulans Wales meminta orang awam tidak menghubungi talian kecemasan kerana alasan tidak wajar selepas menerima 68,416 panggilan bukan kategori kecemasan pada tahun lepas.

Akhbar Metro UK melaporkan, panggilan bukan kecemasan itu termasuk seorang individu yang menghubungi perkhidmatan ambulans kerana mengalami sakit perut akibat makan terlalu banyak kebab.

Seorang lagi pemanggil menghubungi talian kecemasan selepas menyedari bahagian bawah gigi palsunya hilang dan bimbang tertelannya.

Seorang lelaki pula meminta ambulans datang kerana tangannya tersangkut di dalam peti surat. 

Pengarah eksekutif perkhidmatan paramedik, Andy Swinburn berkata: “Rayuan kami kepada orang ramai adalah menggunakan akal fikiran anda. 

“Kebanyakan pemanggil tahu perbezaan antara situasi hidup mati dengan ketidakselesaan, kesakitan atau kerengsaan tetapi tidak mengancam nyawa,” katanya.

Data dikumpul oleh Freedom of Information mendedahkan bahawa perkhidmatan ambulans di Britain menghadapi kesesakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada April 2023, seorang pesakit terpaksa menunggu ambulans selama 65 jam, manakala beberapa pesakit di West Midlands dan Yorkshire terpaksa menunggu lebih 21 jam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI