fbpx

Lelaki bawa singa bersiar-siar naik kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak singa tersebut diletakkan di tempat duduk belakang kereta pemiliknya. - Facebook

BANGKOK – Pihak berkuasa di Thailand melancarkan siasatan selepas seorang lelaki di Pattaya dirakam membawa seekor anak singa peliharaannya bersiar-siar di jalan raya, lapor portal berita Asiaone hari ini.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman Facebook pada Ahad lalu, lelaki itu dilihat memandu sebuah kereta Bentley, manakala singa peliharaannya berada di tempat duduk belakang.

Anak singa yang memakai kolar berwarna hijau itu duduk dalam keadaan tenang sambil memerhatikan pengguna jalan raya lain.

Pengguna jalan raya kelihatan bimbang apabila kereta dinaiki singa itu melintasi mereka, manakala beberapa orang dilihat merakam haiwan tersebut.

Video itu mendapat perhatian Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan yang kemudian melancarkan siasatan.

Pemilik singa itu dikenali sebagai Sawangjit Kosoongnern. Dia didapati mempunyai lesen untuk memelihara singa di wilayah Ratchaburi. Anak singa itu pula dianggarkan berusia lima atau enam bulan.

Sawangjit berdepan tindakan undang-undang kerana permohonannya untuk memindahkan singa itu ke Pattaya, wilayah Chon Buri belum mendapat kelulusan pihak berwajib. 

Pengarah Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan, Atthaphon Charoenchansa berkata: “Dia berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda 500,000 baht (RM66,296).

Walaupun pemilikan singa adalah sah di Thailand, ia mesti dikurung di lokasi tertentu dan tidak boleh dibawa di kawasan awam, katanya . – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI