fbpx

Kes bunuh Bella: ‘Uncle selalu marah mummy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORISHAM (kiri) bersama ahli keluarganya menunjukkan gambar Bella yang mati dibunuh teman lelakinya.

JOHOR BAHRU – Anak mangsa pembunuhan kejam, Mila Sharmilah Samsudah, 32, pernah mengadu bahawa teman lelaki ibunya selalu marah dan pukul wanita tersebut.

Kakak Bella, Norisham Samsusah, 36, berkata, anak sulung Bella yang berusia lima tahun juga kerap bertanyakan tentang keberadaan ibunya.

“Anak sulung Bella sendiri selalu tanya saya di mana mummy (Bella), uncle (suspek) dulu selalu marah mummy.

“Anak Bella tanya kenapa mummy keluar televisyen, dia tanya saya sudah beritahu polis ke belum uncle selalu pukul mummy,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail di sini semalam.

Tambah Norisham, dia akan mengambil tanggungjawab menjaga kedua-dua anak arwah Bella yang berusia lima dan dua tahun.

“Kalau diikutkan pengakhiran seperti ini sangat mengecewakan, kerana pada hari kedua kehilangannya saya sudah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu. Cara dia bercakap sudah tahu, tetapi akhirnya ini yang kami dapat. Walaupun begitu alhamdulillah, dapat juga.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti kes ini, tanpa anda semua mungkin (kes) tidak sampai ke tahap ini,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI