fbpx

Kerajaan tubuh RCI kaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Batu Puteh.

PUTRAJAYA – Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dibuat adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119].

Jelasnya, cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong.

“Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan, dan pentadbiran awam.

“Selain, dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI