PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan empat fokus utama untuk tahun 2024 bagi memastikan sekuriti makanan negara berada di tahap terbaik.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, empat fokus utama itu adalah industri padi, industri ayam dan telur ayam, industri bawang serta industri nanas.
“Saya telah mengarahkan kepada semua pegawai agar memulakan reformasi institusi dan tatakelola yang baik di semua peringkat sama ada di kementerian mahupun jabatan sejajar dengan teras kedua dalam PINTAR (Pengukuhan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat)
‘Semua pengurusan tertinggi kementerian perlu memantau rapat lima strategi yang menjadi teras utama dalam PINTAR dan memastikan keempat-empat fokus yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 ini dapat dicapai demi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE