fbpx

Dua buruh dicekup sorok dua pucuk pistol dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Dua buruh dicekup selepas menyembunyikan dua pucuk pistol di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai dekat sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 11 malam itu, polis turut menjumpai satu kelopak kosong dan empat butir peluru bersama senjata api tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menjalankan serbuan sebelum menahan suspek pertama yang berusia 45 tahun di rumah tersebut.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek, lelaki itu membawa anggota polis ke kawasan semak berhampiran rumah dan pihak kami menemui dua pucuk pistol, satu kelopak dan empat butir peluru di dalam plastik hitam.

“Polis kemudian menahan rakan suspek berusia 41 tahun yang bekerja sebagai buruh disyaki terlibat dalam kes sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, semakan mendapati suspek pertama yang positif methamphetamine mempunyai sembilan rekod lampau kes jenayah dan narkotik.

Katanya, rakan suspek pula memiliki tujuh rekod berkaitan kes jenayah dan narkotik.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif kedua-dua suspek menyimpan dan menyembunyikan dua pucuk senjata api itu di kawasan tersebut,” katanya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI