RIYADH – Hidangan burger belalang semakin digemari oleh penduduk dan menjadi trend baharu di Arab Saudi, lapor portal berita Gulf News.
Hidangan itu dijual pada harga 7.50 riyal (RM9.47) termasuk roti ban, belalang, bawang, sos dan ramuan lain.
Pada kebiasaannya, serangga itu banyak terdapat di wilayah seperti Madinah dan Qassim.
Walaupun serangga itu boleh dijadikan makanan dan popular dalam kalangan penduduk, tidak banyak restoran di Arab Saudi yang mahir menyediakan hidangan belalang.
Ramai peminat belalang berkongsi pengalaman mereka memburu, menangkap dan memasak serangga itu di media sosial.
Menurut Gulf News pada Sabtu lalu, satu beg berisi 100 ekor belalang dijual pada harga 50 riyal (RM63.11). – AGENSI