fbpx

Warga Pakistan mengaku salah rogol, rompak wanita atas jejantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Mudasar (kanan) dan rakannya Muhammad Waqas ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

PETALING JAYA – Seorang penganggur warga Pakistan mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita tempatan di sebuah stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Serdang dua minggu lalu.

Tertuduh Muhammad Mudasar, 23, membuat pengakuan salah itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya dalam bahasa Urdu di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang wanita tempatan berusia 29 tahun menyebabkan mangsa dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan mengacukan sebilah pisau.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jejantas KTM Serdang pukul 12.45 tengah malam pada 14 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan tertuduh mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.

Selain merogol, Muhammad Mudasar turut didakwa merompak telefon bimbit jenis Iphone SE dan wang tunai sebanyak RM80 milik mangsa sama menggunakan sebilah pisau sebagai senjata.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Dalam prosiding sama Muhammad Mudasar turut didakwa bersama-sama rakan senegaranya, Muhammad Waqas, 29, atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lagi wanita berusia 20 tahun dengan merompak dua telefon bimbit masing-masing jenis Samsung dan Iphone dengan menggunakan pisau pukul 11.15 malam pada 30 Disember tahun lalu di tempat sama.

Hakim Syahliza kemudian menetapkan 26 Februari ini bagi fakta dan jatuh hukum untuk tertuduh Muhammad Mudasar dan tarikh sama bagi sebutan semula kes tertuduh Muhammad Waqas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Hakimah Ibrahim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai jurujual pusat beli-belah disamun serta dirogol oleh seorang lelaki Pakistan di jejantas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Serdang, Seri Kembangan, di sini, pada tengah malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa bertindak membuat laporan polis pada hari sama kira-kira pukul 3.05 pagi.

Menurut laporan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya berjalan kaki di jejantas berkenaan sebelum telefon bimbitnya disamun kemudian dirogol dengan diacukan pisau oleh seorang suspek pukul 12.40 tengah malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI