fbpx

Tayar pesawat ringan tertanggal, juruterbang pelatih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tayar hadapan pesawat ringan jenis Piper PA-28-181 tertanggal selepas kenderaan udara itu gagal mendarat dengan baik di LATM, hari ini.

MELAKA – Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28-181 dilaporkan gagal mendarat dengan baik sehingga menyebabkan tayar hadapan kapal terbang itu tertanggal dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) petang tadi.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan turut mengesahkan insiden tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, insiden itu dilaporkan berlaku pada pukul 3.07 petang tadi melibatkan latihan dikendalikan oleh International Aero Training Academy (IATAC).

“Insiden berlaku selepas seorang juruterbang pelatih berusia antara 18 sehingga 20 tahun dipercayai gagal mendaratkan pesawat tersebut dengan baik sehingga menyebabkan tayar hadapan kapal terbang itu tertanggal.

“Pelatih itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan pesawat berkenaan telah dialihkan dari landasan pada pukul 3.35 petang untuk dibawa ke hangar berhampiran bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

Tambahnya, lapangan terbang tersebut kembali beroperasi pada pukul 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan
Penerbangan Awam 2016,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI