PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menambah baik perumahan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perdana Menteri berkata, peruntukan itu adalah itu adalah tambahan RM30 juta berbanding RM20 juta yang diperolehi sebelum ini bagi tujuan berkenaan.
“Berikutan prestasi membanggakan JKDM, peruntukan awal RM20 juta ditambah kepada RM50 juta untuk kastam sahaja supaya perumahan mereka kita perbaiki,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-42 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE