fbpx

OKU maut dipukul Serdang: Polis siasat kecederaan lama, baru di badan mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai.

SERDANG – Polis mengesahkan terdapat banyak kesan kecederaan baru dan lama dikesan pada badan wanita yang juga orang kelainan upaya (OKU) intelektual yang diseterika dan dipukul menggunakan kayu panjang sehingga mati di sebuah apartmen Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, terdapat juga banyak komplikasi pada kecederaan mangsa berusia 20 tahun berkenaan.

“Terdapat banyak kesan kecederaan baru dan lama pada tubuh badan mangsa. Banyak juga komplikasi pada kecederaan mangsa.

“Keputusan bedah siasat ketika ini masih menunggu analisis makmal,” katanya kepada pemberita ketika ditanya hari ini.

Jelasnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung kesan kecederaan itu sama ada akibat terjatuh atau didera memandangkan mangsa adalah OKU (lembam).

Terdahulu Kosmo! melaporkan mangsa diseterika dan dipukul menggunakan kayu panjang sehingga mati hanya kerana mencubit seorang kanak-kanak.

Ekoran kematian wanita berusia 20 tahun itu, polis menahan tujuh suspek yang berusia antara 25 hingga 79 tahun yang berasal dari Lembah Klang bagi membantu siasatan.

Motif kejadian bunuh disyaki kerana mangsa yang memegang kad OKU (Intelektual) dikatakan memarahi dan mencubit anak salah seorang suspek berusia dua dan tiga tahun.

Mangsa dipukul menggunakan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehinggakan mengalami kecederaan pada tubuh badan.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dan mangsa tiada hubungan kekeluargaan tetapi dijaga salah seorang suspek sejak tiga tahun lalu dengan bayaran RM200 sebulan oleh ibu mangsa.

“Dua suspek lelaki dan dua wanita direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Baki tiga suspek yang berusia 25 hingga 79 tahun dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI