fbpx

Makan budu, cencaluk boleh cegah sembelit, cirit-birit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cencaluk dan budu dipercayai kaya dengan probiotik.

PETALING JAYA – Makanan tradisional, budu yang popular di Pantai Timur, Kelantan khususnya, dipercayai kaya dengan probiotik.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, probiotik adalah bakteria baik yang membantu usus menghadam makanan.

Selain itu menurut PHM, tempe, tapai ubi, tempoyak, acar timun dan cencaluk turut tersenarai dalam kategori makanan tinggi probiotik.

Perkongsian PHM di Facebook

“Probiotik adalah bakteria yang baik yang menghuni usus anda. Ia membantu usus untuk menghadam makanan, jadi anda tiada masalah sembelit, perut kembung berangin dan cirit birit.

“Ada sesetengah makanan kita yang kaya dengan probiotik, tak kalah dengan makanan luar seperti kimci, kefir, sesetengah keju dan yogurt,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI