PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhasrat mahu PBTPay diperluaskan ke seluruh negara bagi memudahkan rakyat melakukan pembayaran tanpa perlu hadir secara fizikal di kaunter.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ia bakal melibatkan keseluruhan 102 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia serta 53 lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan sekali gus dapat mencapai sasaran kutipan pembayaran mencecah RM400 juta tahun ini.
“Meskipun kita sedar PBT di Sabah dan Sarawak ada isu ordinan negeri masing-masing, namun saya berharap mereka menyertai platform ini.
“Sasaran kutipan pembayaran itu tidak mustahil dapat dicapai kerana berdasarkan rekod lebih tiga tahun lalu sejak diperkenalkan, sejumlah RM600 juta berjaya dikuti sekali gus menunjukkan rakyat sudah mula beralih kepada pembayaran atas talian,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2024 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE