fbpx

Kalau ditakdirkan dia lelaki terbaik, saya okey – Ezzanie Jasny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZZANIE JASMI dan Noki K-Clique hanya kawan rapat yang berkongsi minat yang sama namun tidak menolak menjalin hubungan serius sekiranya tertulis itu takdir mereka. - FOTO MOHD. FIRDAUS MOHD JOHARI

KUALA LUMPUR – Didakwa bercinta dengan penyanyi Noki K-Clique, pelakon Ezzanie Jasny menyifatkan hubungan rapat mereka hanya sebagai rakan yang berkongsi minat serupa.

Kata pelakon berusia 24 tahun itu, desas-desus menyembunyikan hubungan istimewa dengan pemilik nama lengkap Noki Ahmad Ikhwan Aji itu juga tidak benar.

“Kami hanya keluar berjalan-jalan untuk melihat pusat beli-belah yang baharu dibuka iaitu TRX Exchange, rasanya tiada apa yang perlu disorokkan sebab kami berkawan saja.

“Perkenalan ini pun masih baharu membuatkan kami enggan meletakkan sebarang label, cuma mungkin kami serasi sebab sekepala, sama-sama kongsi minat terhadap muzik.

“Kalau orang nak cakap (bercinta) terpulanglah, walaupun ada pihak yang dikatakan patah hati, itu semua saya tak boleh nak kawal,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut Ezzanie lagi, pertemuan awal mereka bermula ketika penyanyi asal Sabah itu datang ke lokasi penggambaran sebuah drama untuk bertemu rakannya, MK.

“Kami berkenalan ketika Noki datang ke set penggambaran saya sebelum ini. Ketika itu, saya berlakon dengan anggota kumpulan K-Clique iaitu MK.

“Kami cuma bertegur sapa dan kemudian mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram,” ujarnya selepas majlis sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan, semalam.

Dalam pada itu, Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny tidak menolak andai ditakdirkan menjalin hubungan serius dengan lelaki itu pada masa akan datang.

“Kita tengok macam mana, saya hanya ‘follow the flow’. Kalau ditakdirkan dia lelaki terbaik untuk saya, saya pun okey. Kita pun tak tahu apa jadi pada masa hadapan,” katanya lagi.

Desas-desas mengenai keintiman dua personaliti popular itu semakin hangat diperkatakan apabila mereka saling mengulang siar hantaran masing-masing dalam laman sosial.

Sementara itu, mengenai drama Layang-Layang Perkahwinan yang kini bersiaran di Astro Ria, Ezzanie bergandingan dengan Shukri Yahaya, Alya Iman, Keith Foo, Arash Mohd, Datin Nina Juren dan Lisdawati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI