fbpx

Isu dadah, Rhea ‘kantoikan’ Sara Ali Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RHEA Chakraborty (kanan) dan Sara Ali Khan (kiri).

SEBAIK dibebaskan daripada tuduhan mengambil dadah, aktes Rhea Chakraborty terus dikecam, terutama selepas dikatakan menjadi punca kematian kekasihnya yang juga aktor, Sushant Singh Rajput, tiga tahun lalu.

Ramai memboikot produk lakonan serta iklan yang menonjolkan penampilan personaliti berusia 31 tahun itu kerana menyifatkan dia sebagai contoh buruk kepada khalayak.

Tidak puas hati dengan kritikan tiada berpenghujung, Rhea yang sebelum ini mendakwa ramai lagi selebriti Bollywood mengambil dadah terus menyenaraikan beberapa nama selain dirinya.

Antaranya adalah anak tiri kepada Kareena Kapoor, Sara Ali Khan sehingga aktres muda itu turut dipanggil polis untuk soal siasat.

Kontroversi itu mendorong bapa Sara iaitu Saif Ali Khan membuat penafian mengatakan anaknya bersih daripada sebarang anasir negatif.

Seramai 25 selebriti lain yang terheret dalam kontroversi tersebut termasuk Rakulpreet Singh dan Simone Khambatta.

Sebelum ini Rhea menghabiskan waktu selama 28 hari di penjara Byculla dan dibebaskan hanya selepas membayar denda, sekaligus mengakibatkan ramai tidak berpuas hati dengan hukuman diterimanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI