fbpx

Ibu tunggal hidap kanser, rumah pula tenggelam bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORASHIKIN (dua dari kiri) ketika ditemui di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang ibu tunggal dua anak berdepan ujian berat apabila tidak dapat me­nguruskan diri dengan sempurna selepas diuji penyakit barah.

Lebih memilukan, Norashikin Nor Azman, 30, yang memerlukan bantuan untuk berjalan turut menjadi mangsa banjir selepas rumahnya dinaiki air.

Wanita itu tinggal bersama ibu dan bapanya di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang di sini.

“Saya mengalami ketumbuhan di bahagian otak dan urat saraf tulang belakang sejak berusia 17 tahun.

“Disebabkan sakit itu, saya tidak dapat berjalan dengan baik dan memerlukan bantuan tongkat atau dipapah orang lain.

“Saya juga hilang penglihatan mata kanan, mata kiri pula kabur selain lumpuh sebelah kiri badan. Pendengaran juga kurang baik. Jika orang cakap kuat baru dapat dengar dengan jelas,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang baru-baru ini.

Norashikin bernasib baik kerana anak sulungnya, Darwish Ashraff Darmawan Suci, 10, ba­nyak membantu memudahkan pergerakannya di rumah.

Wanita itu bergantung de­ngan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan.

Norashikin pernah bekerja kilang sebelum ini, namun berhenti kerana kesihatannya semakin merosot.

“Tidak banyak yang saya minta cuma mahu dua anak berusia tujuh dan 10 tahun membesar de­ngan baik,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0116141000076725.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI