fbpx

Hujan lebat di pantai barat Semenanjung hingga petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri, terutamanya di pantai barat Semenanjung petang ini.

Menurut sebuah kenyataan di laman Facebook, ramalan tersebut sah sehingga pukul 6 petang, hari ini.

“Di utara tanah air, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dan Pulau Pinang di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Manakala di Perak, hujan lebat dijangka berlaku di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

MetMalaysia juga meramalkan cuaca buruk di Raub, Pahang dan di Selangor, meliputi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Tambah Met Malaysia, hujan lebat turut dijangka melanda Kuala Lumpur, petang ini.

“Di Negeri Sembilan, cuaca sama diramal di Seremban, Port Dickson dan Rembau. Hujan juga dijangka melanda seluruh negeri Melaka.

“Sementara itu, di Johor, cuaca buruk diramal melanda Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, hujan lebat diramal di Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Belaga) dan Bintulu (Sebauh).

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI