fbpx

[VIDEO] Hidup sudah dibenci, Alya Iman kebal kecaman isu ‘soft porn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYA Iman pernah melalui pelbagai pengalaman pahit yang mengajarnya menjadi insan lebih kuat dan kalis kecaman. - FOTO MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Pelakon cantik Alya Iman mengelakkan diri daripada mempedulikan kecaman khalayak setiap kali namanya terheret kontroversi.

Pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil itu berkata, pengalaman dibenci dan melalui pelbagai kisah duka dalam kehidupan membuatkan jiwa kalis tohmahan mahupun gosip menjatuhkan.

“Orang memang sudah bencikan saya, jadi saya tak kisah perkara buruk diperkatakan mengenai diri saya. Siapa yang kenal saya tahu saya takkan buat perkara mengarut.

“Walaupun baru berumur 23 tahun, saya sudah melalui banyak pengalaman menyedihkan yang membentuk saya untuk menjadi individu tabah serta kalis kecaman.

“Kehilangan ibu ayah, membesar dalam keluarga berantakan dan bekerja pada usia muda antara faktor penguat semangat, tapi saya selalu ingatkan diri apa yang saya lalui kini hanya sekelumit cabaran dibandingkan pengalaman lalu,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut anak bongsu kepada aktor juga pendakwah bebas Allahyarham Azmil Mustapha itu, sesekali air matanya turut tumpah apabila ada individu terus menghakimi dirinya tanpa usul periksa.

Pelakon drama Layang Layang Perkahwinan itu bagaimanapun enggan menyalahkan takdir terhadap segala insiden pahit yang menimpa dirinya.

“Pernah juga saya duduk menangis tapi tiadalah sampai tahap meratap nasib diri atau mempersoalkan ujian yang singgah dalam hidup.

“Saya anggap dugaan yang saya lalui itu sebagai lumrah setiap insan,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Layang-Layang Perkahwinan, semalam.

Alya turut mengulas mengenai reaksi negatif penonton susulan babak didakwa berunsur separuh lucah atau ‘soft porn’ lakonan bersama Shukri Yahaya yang disiarkan menerusi Astro Ria.

Dalam naskhah arahan Eyra Rahman yang tular itu, watak digalasnya, Tsuraya Lin digambarkan sebagai penyondol dalam rumah tangga Azim Hasibullah lakonan Shukri Yahaya.

“Masa mula-mula dapat skrip, saya tanya kak Eyra betulkah saya kena bawa watak ini? Ini kerana watak itu boleh mengundang kecaman.

“Namun sebagai pelakon, saya jalankan tanggungajawab mengikut skrip, malah cukup saya tahu di belakang kamera adegan tersebut tidak seperti disangkakan,” jelasnya.

Kontroversi tercetus apabila dalam satu babak terawal drama bersiri 28 episod itu, Tsuraya dilihat memasuki bilik air yang menampakkan Azim sedang mandi.

Sebelum ini, bekas model muslimah itu juga pernah didakwa bertunang dengan suami orang, selain berdepan kecaman gara-gara isu buka tudung sekitar tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI