fbpx

EPL: Perubahan formasi julang Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA berjaya meledak dua gol ketika membantu Liverpool berjaya menewaskan Bournemouth awal pagi semalam. - AFP

BOURNEMOUTH – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa pasukannya memulakan aksi menentang Bournemouth dengan prestasi yang teruk, namun segalanya berubah pada babak kedua selepas membuat sedikit perubahan.

Berdasarkan aksi kedua-dua pasukan pada babak pertama, ramai yang beranggapan perlawanan itu hanya akan diakhiri dengan salah satu pasukan hanya mampu menang dengan satu gol, namun The Reds bangkit melakar kemenangan 4-0.

“Kami tidak begitu fleksibel pada babak pertama. Saya beritahu pemain bahawa kami bernasib baik kerana keputusannya masih terikat tanpa jaringan selepas berakhirnya separuh masa pertama.

“Kami membuat perubahan dan ia memberi kesan baik kepada aksi pasukan, kami menjadi lebih dinamik dan kemudian berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan segala-galanya berubah.

“Kami mengubah formasi dan secara tiba-tiba kami menjadi lebih dominan dan sistem sokongan untuk bahagian serangan menjadi lebih baik,” katanya.

Pada aksi tersebut, Darwin Nunez dan Diogo Jota masing-masing berjaya meledak dua gol ketika membantu The Reds mengukuhkan kedudukan di puncak saingan Liga Perdana Inggeris selepas 21 perlawanan.

“Darwin hanya beraksi di bahagian sayap dan ditugaskan untuk menanti bola yang dihantarkan kepadanya, begitu juga dengan Jota tanpa mengarahkan mereka terlalu memberikan fokus kepada kerja-kerja bertahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Klopp nyata berang dan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil yang tidak mengenakan tindakan ke atas pemain Bournemouth, Justin Kluivert yang telah melakukan terjahan keras ke atas Luiz Diaz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN