fbpx

Anak, ibu didakwa edar dadah RM1.23 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU kepada ketua sindiket, Yee Hwa (kanan) dan Zun Jin didakwa di Mahkamah Majestret Johor Bahru hari ini kerana mengedar dadah RM1.23 juta dua minggu lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang ketua sindiket dadah bersama ibu dan tiga rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan terlibat mengedar dadah, dua minggu lalu.

Tertuduh, Wang Cheng Wei, 41; dan ibunya, Ah Yee Hwa, 62; serta Chan Siew Han, 60, dan pasangan suami isteri, Tay Khai Seng, 34, serta Yup Zun Jin, 28, bagaimanapun hanya mengangguk tanda faham ketika dua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.

Tiada sebarang rekod pengakuan dibuat ketika prosiding dijalankan di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka secara bersama-sama didakwa mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kasar 16,473 gram (16.47 kilogram) di sebuah pangsapuri di Taman Larkin Idaman di sini pada pukul 5.30 pagi, 10 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mengedar dadah jenis kanabis dengan berat 7,760 gram (7.76 kilogram) di tempat dan waktu yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, kelima-limanya mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) dan Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Chei Wei yang turut berdepan tiga lagi pertuduhan mengaku bersalah iaitu memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 1.77 gram, nimetazepam seberat 0.59 gram dan kanabis 4.93 gram.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei.

Tertuduh yang merupakan pasangan suami isteri diwakili peguam, Jihad Syahida Nadia Zakaria serta Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah, manakala tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia.

Pada 17 Januari lalu, Polis Johor berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi dua beranak dan berjaya membuat rampasan dadah bernilai RM1.23 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI