fbpx

30 peniaga terima kunci kios berteknologi hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul Hazeman (dua dari kiri) menyerahkan kunci myKIOSK kepada salah seorang peniaga di Seri Manjung hari ini.

MANJUNG – Seramai 30 orang peniaga menerima kunci kios perniagaan, myKIOSK berteknologi hijau masing-masing dari Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Jalan Venice Raya 2, Seri Manjung di sini semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, kesemua 30 peniaga tersebut terdiri daripada 18 peniaga lelaki dan 12 peniaga wanita dari pelbagai lapisan umur dari sekitar daerah ini.

“Permohonan membina kios ini telah diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang melibatkan kos projek sebanyak RM449,550 untuk 30 unit kiosk.

“myKIOSK ini adalah sebagai kemudahan kepada penjaja kecil dengan memperkenalkan fungsi teknologi hijau yang menggunakan tenaga solar dan penerapan nilai 3S (Selamat, Seragam dan Selesa),” katanya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Syamsul Hazeman berkata, MPM juga akan melebarkan jalan di sekeliling kios tersebut bagi memudahkan orang awam memarkir kereta untuk membeli di kios berkenaan, sekali gus mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjaga keselamatan peniaga dan pembeli.

“Pembukaan myKIOSK ini menzahirkan keprihatinan MPM kepada para penjaja kecil untuk meningkatkan ruang dan peluang kepada mereka bagi menjana sumber pendapatan dan merancakkan lagi ekonomi daerah Manjung.

“Dengan pembukaan myKIOSK ini, MPM berharap peniaga akan dapat menjaga imej dalam aspek kebersihan, keceriaan serta identiti kios masing-masing dengan mematuhi peraturan serta perjanjian penyewaan yang telah ditetapkan,” katanya.

Pelbagai aneka makanan dijual di myKIOSK tersebut, seperti kuih tradisional, lauk-pauk, minuman, masakan Melayu dan barat, pastri dan lain-lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI