fbpx

Sharnaaz Ahmad nak peluk Fizi, faham situasi bapa rindu anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI seorang bapa, Sharnaaz simpati dan memahami nasib Fizi Ali.

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad memahami perasaan yang dilalui penyampai radio Fizi Ali apabila sudah dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anak sendiri.

Kata Sharnaaz, 39, sesiapa yang pernah melalui situasi sama akan memahami keperitan berpisah dengan anak dalam jangka masa yang panjang.

“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku akan peluk kau.

“Aku tidak mahu tau betul atau salah tetapi jangan sesekali pisahkan. Apa-apa pun alasannya,” katanya dalam Instagram.

Pendapat yang dilontarkan pelakon filem Polis Evo 3 itu dibuat selepas membaca liputan media yang memaparkan video Fizi ditemu bual semasa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pagi tadi.

Pagi tadi, proses sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Bagaimanapun, Sharnaaz bernasib baik apabila bekas isterinya, Noor Nabila bersetuju untuk menjaga anak lelaki tunggal mereka iaitu Jebat Jayden secara bergilir-gilir.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada Mac 2017 namun hubungan mereka berakhir pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat yang kini berusia enam tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI