fbpx

Shakilla Khoriri bergegas tinggalkan mahkamah, tapi dengan siapa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAKILLA Khoriri enggan memberikan sebarang komen sebelum menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam meninggalkan perkarangan mahkamah.

SHAH ALAM: Pelakon Shakilla Khoriri enggan memberikan komen sejurus tamat prosiding Sulh berhubung tuntutan Hadanah anaknya, Ameena Sofia sebentar tadi.

Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, bagaimanapun memohon maaf kepada pengamal media sebelum bergegas menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam dan meninggalkan perkarangan mahkamah.

“Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak-banyak. Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit,” katanya seraya masuk ke dalam kenderaan mewahnya.

Sementara itu, bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali bertanyakan kepada pengamal media mengenai individu yang hadir bersama aktres itu ke mahkamah.

“Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta dengan dia naik tu? Tak nampak? Okey tidak apa.

“Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri,” ujarnya sinis.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh, pada Isnin.

Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran dalam Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.

Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.

Susulan itu, Fizi terpaksa membawa kes tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.

Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI