fbpx

Rezeki Tyzo, terharu ditaja tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYZO kini berada di Mekah menunaikan umrah atas ajakan seorang peminat yang juga pengendali agensi pelancongan.

PETALING JAYA – “Tenang”.

Demikian luahan kesyukuran bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang tiba di Jeddah, malam tadi bagi mengerjakan umrah selama dua minggu.

Pemilik nama sebenar Tuah Zolqarnain Idris, 48, itu berkata walaupun hanya membuat persediaan dalam tempoh lima hari sebelum berlepas ke Tanah Suci, segala urusannya dipermudahkan.

“Saya mendapat pelawaan ini sekitar seminggu lalu tetapi hanya dua hari kemudian memberikan kata putus disebabkan perlu menguruskan beberapa perkara lain dulu.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Haji Hariz dan Haji Jay daripada Jay Ibrahim Al Islam yang hubungi saya dari Mekah pada minggu lalu untuk mengajak saya melaksanakan ibadah umrah.

“Tanpa persiapan khusus pun sebab agensi dah sediakan beg, kain ihram dan sebagainya, cuma kemas pakaian saja. Duit pun tukar kat KLIA,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Menurut Tyzo lagi, pemergian ke Tanah Suci ini adalah kali yang keempat dengan terakhir mengerjakan ibadah tersebut bersama ibunya, Hasnah Shaari, sekitar 11 tahun lalu.

“Syukur dijemput Allah lagi ke Mekah buat kali keempat. Kali terakhir saya datang bersama Allahyarham bonda tercinta pada Februari 2013.

“Ibu saya menghembuskan nafas terakhir dua tahun lalu pada usia 80 tahun membuatkan peluang dapat beribadah sekali lagi di sini sangat besar maknanya buat saya.

“Pelbagai perasaan muncul sebaik menjejakkan kaki lagi di Tanah Suci. Apa pun saya sangat bersyukur dan terharu dengan doa yang dititipkan ramai,” ujarnya.

Sebelum ini wakil agensi pengurusan umrah meninggalkan komen mahu menaja pakej menunaikan umrah kepada Tyzo selepas mengikuti isunya yang ditamatkan kontrak bersama Suria FM.

Ini susulan kontroversi yang tercetus sejak 12 Januari lalu apabila Tyzo memberitahu, kontraknya sebagai penyampai radio ditamatkan tanpa sebab kukuh selain menganggap tindakan tersebut sebagai penganiayaan sehingga meraih respons banyak pihak. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI