fbpx

Pulut buluh ‘inti’ cicak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sejurus buluh tersebut dibelah, wanita berkenaan melihat bangkai cicak tersepit di tengah-tengah pulut. – Sanook

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand terkejut apabila mendapati pulut dimasak di dalam buluh yang dibelinya mempunyai bangkai cicak, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita tersebut berkongsikan gambar makanan yang diinspirasikan daripada perkongsian dua personaliti Korea Selatan di Thailand, Jung dan Callan, di laman Facebook.

Berdasarkan hantaran di kumpulan sembang We Are Consumers, wanita tersebut berkata, dia membeli makanan berkenaan untuk mencuba hidangan yang dipopularkan oleh Jung dan Callan. Namun, dia sama sekali tidak menyangka apabila menemui satu ‘inti tambahan’ iaitu bangkai cicak.

Menurutnya, sejurus buluh tersebut dibelah, dia melihat bangkai cicak tersepit di tengah-tengah pulut itu, lapor akhbar Sanook.

“Apabila saya mahu makan pulut untuk meniru Jung dan Callan, ia berbau seperti daging panggang,” kata keterangan hantaran tersebut.

Hantaran itu mendapat perhatian ramai netizen lain yang memberikan pelbagai komen.

“Berakhirnya (fenomena) pulut kacang hitam,” kata seorang pengguna.

“Rasa seperti daging panggang,” kata pengguna lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI