fbpx

Pukul, seterika wanita OKU sampai mati sebab cubit anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SERDANG- Wanita orang kelainan upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas dipukul dengan kayu dan diseterika berulang kali dalam kejadian di Jalan Serdang Raya, Seri Kembangan, semalam.

Ekoran kematian wanita berusia 20 tahun itu, polis menahan tujuh suspek yang berusia antara 25 hingga 79 tahun yang berasal dari Lembah Klang bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 12.12 tengah hari apabila dimaklumkan oleh kakak mangsa.

“Polis menahan empat lelaki dan tiga wanita pada hari yang sama sekitar pukul 4 petang.

“Motif kejadian bunuh disyaki kerana mangsa yang memegang kad OKU (Intelektual) dikatakan memarahi dan mencubit anak salah seorang suspek berusia dua dan tiga tahun.

“Mangsa dipukul menggunakan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehinggakan mengalami kecederaan pada tubuh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anbalagan, proses bedah siasat sedang dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah dan pihaknya belum menerima keputusan sebenar punca kematian wanita itu.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kesemua suspek dan mangsa tiada hubungan kekeluargaan tetapi dijaga salah seorang suspek sejak tiga tahun lalu dengan bayaran RM200 sebulan oleh ibu mangsa.

“Suspek dan mangsa tiada hubungan keluarga, mangsa tinggal di rumah tersebut kerana ibu mangsa telah mengupah salah seorang suspek untuk menjaga mangsa sejak berumur 17 tahun sehingga sekarang dengan bayaran RM200 sebulan.

“Dua suspek lelaki dan dua wanita direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Baki tiga suspek yang berusia 25 hingga 79 tahun dibebaskan dengan jaminan polis,” ujarnya.

Kata Anbalagan, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes yang berlaku diminta tampil memberi maklumat atau terus menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Rosnani di talian 018-2771866. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI