fbpx

Polis berkas suami selepas isteri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah pantai di Goa. - Foto AFP

NEW DELHI  –  Seorang pengurus sebuah hotel mewah ditangkap kerana disyaki membunuh isterinya selepas mangsa menuduh dia mempunyai hubungan sulit, lapor portal berita NDTV hari ini.

Gaurav Katiyar, 29, dilaporkan cuba menyembunyikan perbuatannya dengan berkata, isterinya lemas di laut.

Menurut polis, Katiyar yang berasal dari Lucknow telah  berkahwin dengan Diksha Gangwar kira-kira setahun lalu tetapi hubungan mereka bertukar tegang.

Pengurus itu membawa isterinya ke Pantai Cabo de Rama, selatan Goa untuk bersiar-siar sebelum dituduh melemaskan mangsa.

Wanita itu meninggal dunia petang kelmarin. 

Apabila beberapa pelancong melihat Katiyar kembali dari pantai berseorangan, mereka berasa curiga dan menghubungi polis.

Pengurus tersebut menyatakan kematian isterinya itu sebagai satu kemalangan tetapi satu rakaman video menunjukkan sebaliknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI