fbpx

Penduduk Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh culas bayar bil air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil media pada Majlis Apresiasi Media- AKSB 2023 di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu malam tadi. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

KOTA BHARU – Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) mendedahkan penduduk di empat daerah di negeri ini culas membayar bil air sekali gus menyaksikan tunggakan sebanyak RM27 juta sehingga 31 Disember tahun lalu.

Pemangku Pengurus Besar AKSB, Izani Ismail berkata, empat daerah yang dikenal pasti itu ialah di Pasir Mas, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Menurutnya, jumlah itu melibatkan kegagalan pengguna membayar bil air selama tiga bulan atau lebih sehingga menyebabkan berlakunya tunggakan.

“Bagaimanapun, ada sesetengah pengguna seperti di Jeli membuat pembayaran dengan baik dan kebanyakannya tunggakan tidak sampai dua bulan.

“Tunggakan dalam tempoh tiga bulan itu dikira tinggi. Jadi, kita sasar supaya ia dapat turun sehingga dua bulan,” katanya pada pemberita pada Majlis Apresiasi Media-AKSB 2023 di sini malam tadi.

Izani memberitahu, pihaknya sedang melaksanakan program bagi menggalakkan pengguna membuat pembayaran tunggakan bil air secepat mungkin.

Katanya, pembayaran tunggakan itu akan membantu aliran tunai ASKB dan mampu mempercepatkan lagi tindakan terutama dalam kerja-kerja pembaikian paip.

“Sekiranya kita dapat bayaran cepat, duit itu boleh digunakan untuk tingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Sehingga kini, AKSB mempunyai 274,000 akaun yang membabitkan pengguna domestik dan bukan domestik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI