fbpx

Mahkamah: Bekas jaga tetak adik dipenjara 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syarif (tengah) dipenjara enam tahun kerana menetak adik lelakinya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan kejam seorang bekas pengawal keselamatan menetak tangan adiknya dengan sebilah parang tiga bulan lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memerintahkan hukuman itu setelah tertuduh, Muhammad Syarif Suhiemai, 32, membuat pengakuan bersalahterhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 29 Oktober lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menetak tangan adik lelakinya yang berusia dalam lngkungan 20-an dengan sebilah parang.

Perbuatan itu dilakukan Muhammad Syarif di sebuah kilang kayu di Ajil, Hulu Terengganu pukul 12 tengah hari, 29 Oktober 2023.

Mengikut fakta kes, tertuduh berselisih faham dengan adiknya yang juga pegawai di kilang kayu berkenaan berhubung tuntutan gaji.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkam hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI